Sunday, October 25, 2009

Episod Siswa Nakal

Dua mahasiswa nakal pergi bersiar-siar dengan menaiki sampan. Di lautan, mereka cuba mengusik pendayung sampan.


Pelajar A   : Pak cik, pak cik pernah tak belajar ilmu geografi?
Pendayung : Geografi tu ape kebenda nyer?
Pelajar A   : ( SAMBIL KETAWA) Pak cik telah mensia-siakan separuh hidup pakcik kerana tidak tahu      ape itu geografi!
Pelajar B : Pak cik, pakcik tau tak ilmu matematik?
Pendayung  : Sejenis plastik ke tu?
Pelajar B : (sambil ketawa). Pakcik telah mensia-siakan sepruh hidup pak cik kerana tidak belajar matematik!
  
Pendayung terus mendayung tanpa memberi sebarang reaksi terhadap gurauan 2 mahasiswa nakal tersebut ( pastinya bukan pelatih IPG Kampus Ipoh!!hehe). Tidak lama kemudian, tiba-tiba hujan mula turun dengan lebat dan diiringi dengan bunyi guruh dan petir yang menakutkan.


Pendayung    : Saudara berdua pernah belajar ilmu berenang?
Pelajar A&B : Tidak pak cik
Pendayung    : Saudara berdua telah mensia-siakan seluruh hidup kerana tidak belajar ilmu berenang. Sampan ini akan karam bila-bila masa saja sekarang!


Pengajaran: Nak bagitau jgk ke? boleh pikir sendiri kan?


P/s : Hari ini banyak perkara yang manusia belajar. namun adakalanya ilmu-ilmu yang boleh menyelamatkan manusia dari kegagalan abadi di KG AKHIRAT tidak diberi perhatian yang setepatnya. perhatian yang tidak seimbang ini amat berisiko tinggi! renung-renungkan dan selamat beramal!!!!


Pernahkah kita berfikir dan merenung bahawa:

Jumlah ikan di lautan tidak pernah habis walaupun setiap hari jutaan nelayan menangkapnya dan siapakah pula yang sanggup memberinya makan setiap hari? Para nelayan hanya sibuk menangkap dan memakannya tanpa menyusahkan diri untuk memberi ikan-ikan itu makan.

Setiap hari manusia juga menyembelih ayam dan memakan telurnya dengan jumlah yang cukup banyak.Tetapi ternyata jumlah ayam dan telur masih juga tidak habis-habis. Begitulah juga halnya dengan kambing,lembu dan lainnya yang dimakan manusia dengan pelbagai resepi makanan namun ternakan-ternakan ini masih juga tidak pupus.


Inilah bukti betapa luasnya khazanah gudang kekayaan Allah s.w.t. SETIAP SESUATU YANG DIPERLUKAN MANUSIA UNTUK KEHIDUPAN PASTI DISEDIAKAN ALLAH SWT. Manusia perlu mengambil pengajaran dari kehadiran makhluk2 lain agar tumbuh segar rasa syukur dan tertanam keyakinan bahawa urusan rezeki menjadi hak mutlak Al-Razzak, ALLAH S.W.T

Wednesday, October 21, 2009

Kisah Ibu Ayam dan Kenalan Beliau






Pada suatu hari, Sang Ibu Ayam berjalan-jalan di tepi semak. Tujuan beliau pergi ke semak tersebut adalah tidak diketahui. Sedang asyik berjalan-jalan, Sang Ibu Ayam terserempak dengan Sang Kura-kura. Oleh kerana sifat si Ibu Ayam yang sememangnya peramah, beliau lalu menegur kura-kura terbabit..

"Weh kura-kura,awok wat mende tu.ni ak nak tanya sikit.Nape la awok ni jalan lambat sangat? Dah la lambat,lembap pulok tu. Macam mane la nak maju kalo cenggini?Ntah bila nak sampai kalo jalan lambat macam tu!"

Walaupun dihina sedemikian rupa, kura-kura tetap bersabar. Tanpa sedikit perasaan marah di jiwa, sang kura-kura lalu menjawab:

" Biarla jalan lambat pun, tapi mak tetap nombor satu tau!ada aku kesah? kau x pernah dengar cerita ke tentang kisah perlumbaan aku dengan arnab? ha,lambat2 aku ni tetap jadi juara. Bukan mcm binatang tu,nama jer ada sayap,tp bkn boleh terbang tinggi pun'. Balas kura-kura dengan penuh sindiran.

Akibat berasa malu terhadap sindiran tersebut, si Ibu Ayam terus je blah dari situ tanpa memberi salam. Beliau kemudian terserempak pula dengan Sang Kambing lalu berkata,

"Woi kambing, hang dok wat pa ni ha? Pi mandi la. Busuk mcm kambing bau hang! Harap je simpan janggut cm lebai,tp takut air!' selamber jer si ibu ayam kutuk sang kambing yg baru sahaja meragut rumput di padang rumput rumah Jebat.
Dengan perasaan bengang Sang Kambing lalu menjawab," Hei Cik Yam, kau tu ape kurangnye! Isi je sedap cm KFC, tp gi jalan tak pakai kasut. Berkaki ayam..ntah pijak najis ape pun aku x tau"

Sekali lagi ibu ayam berasa malu terhadap tindak
annya itu lalu berambus dari tempat tersebut dengan kadar segera. namun beliau masih lagi tidak berpuas hati. ketika membawa perasaan yang sedang lara itu akibat diperli sang kambing, ibu ayam terjumpa pula dengan sang penyu di tepi pantai. beliau melihat sang penyu sedang menangis sambil meneran sesuatu. ibu ayam lalu bertanya,

"Weh penyu,mung wak gapo tuh? Laa..bertelo ke?ape la mu ni penyu. bertelo pun nak nangis..macam la sakit sangat! manja betul la mu ni penyu"

Sang penyu yang sedang sakit perut itu bertambah sakit pabila mendengarkan kata-kata ibu ayam yang begitu busuk mulutnya itu.. tapi takpe, dengan selamba aje sang penyu menjawab...

" Alahai Cik Yam, kau ni memang sengal la. Aku nangis bukan sebab sakit la. Tapi aku sedih bila terpaksa meninggalkan anak2 aku ni. Lagipun aku bertelo banyak,memang la pedih sikit..okey la nangis. Bkn macam binatang sekor tu, telur sebijik tapi riuh sekampung!! kecoh gila..mcm la dia sekor je yang ada anak. Tak gitu Cik Yam??"

"Terkena lagi aku" getus ibu ayam di dalam hati..

Akibat 3 kali berturut-turut terkena batang hidung sendiri ( ayam ada hidung ke erk?ada kot.. kalo tak cmne ye nak bau..tp rasanya lebih sesuai letak terkena batang paruh sendiri kot) si ibu ayam meraung sambil berlari-lari menuju ke reban beliau. beliau berasa sungguh insaf.. pada malam tersebut, si ibu cuba memberi ceramah kepada anak2 beliau.

" Wahai anak-anakku, esok pagi bangun awal2 pagi tau.pergi mengaji.. cuba contohi bapak kamu tu. pagi2 lagi dh kejutkan orang bangun suboh."

Si anak lalu berkata " Tapi kan mak, bapak tu kejutkan orang suboh, tapi bapak sendiri tak sembahyang pun mak. tak guna jugak kan?? "

MORAL OF THE STORY:
lu pikir la sendiri..

Kisah Ayam dan Helang...



Tau tak kenapa ayam sangat takut kpd burung helang? Biar Jebat ceritakan kisah sebenar kenapa berlaku sedemikian rupa. Sebelum tu, Jebat nak bagitau mungkin korang dah pernah dengar cerita ni waktu kecil2 dulu.


Baiklah, biar Jebat mulakan. Pada suatu masa dahulu di sebuah negeri di Antartika terdapat segerombolan ayam yg hidup secara berkumpulan dan bersatu padu. Hidup mereka amat rukun, dan saling bantu membantu. Telah ditakdirkan pada suatu hari seekor burung helang telah tersesat ke dlm negeri mereka ketika terbang mencari restoran KFC.

Burung helang tersebut pun mendarat di tengah2 padang ketika ayam2 tersebut sedang bermain ragbi. Melihatkan pendaratan cemas yg dilakukan oleh burung helang tersebut, maka ayam2 tersebut pun merasa kagum dgn kepakaran burung helang itu melakukan pendaratan cemas.

“Wahai burung helang, bagaimanakah engkau boleh terbang sebegitu tinggi di atas langit? Bolehkah engkau mengajarkan teknik2 penerbangan berkesan kpd kami? Selama ni kami search kat internet tak jumpa pun teknik tersebut.” kata salah seekor ayam kpd burung helang.

Maka burung helang pun menjawab, “Teknik aku ni ada rahsianya, kalau search kat internet mmg tak jumpa.”

“Ajarkanlah kpd kami,” rayu seekor ayam lagi. “Amat berat hatiku utk memberitahu. Tetapi melihatkan keadaan kamu yg hidup di negeri tandus ni, lagi bertambah berat hatiku melihatnya,” ujar burung helang. “Ajarkanlah kpd kami agar dpt kami berhijrah ke tempat lain,” pinta seekor ayam lain sambil memeluk dan menarik kaki burung helang sampai nak terlondeh kain pelikat yg dipakai oleh burung helang tu.


“Baiklah, rahsianya ialah jarum emas ini. Keturunan aku semuanya menjahit kepak menggunakan jarum emas ni, sbb tu kami boleh terbang tinggi di angkasa” kata burung helang sambil menunjukkan sebatang jarum kpd ayam2 tersebut.

Mendengarkan penyataan itu, semua ayam tersebut pun tercengang.

“Macam tak logik je cakap kamu ni burung helang,” begitulah kutukan salah seekor ayam yg tua. “Setakat jarum emas, aku pun boleh beli kat Seven E,” tambah seekor ayam kecil dgn penuh yakinnya.

“Betul, aku tak tipu!”bantah burung helang pula dgn perasaan yg mendidih. Dahla minta tolong ajar, pastu diperkotak-katikkan pulak. Mana tak menyirap darah burung helang tu. Setelah berlaku rundingan selama 2 hari 2 malam, akhirnya burung helang pun bersetuju meminjamkan jarum emas tersebut kpd ayam2 dgn syarat mereka menjaganya.


Maka bermulalah proses menjahit kepak dimulai dgn ayam yg pertama iaitu ketua kampong yg merangkap kapten pasukan sorak (cheerleader) ayam2 tersebut. Tetapi malangnya ketika ketua kampung baru sahaja selesai menjahit separuh drpd kepaknya, jarum tersebut telah terjatuh ke atas tanah. Si ayam cuba mencari namun tidak berjumpa.Maka hal itu telah diketahui oleh burung helang sbb masa dia buka website ebay dia nampak jarum emas yg dipinjamkan itu ada dilelong kat situ. Tapi burung helang tak sempat nak bid sbb masa tu tinggal berapa minit je lg bidaan nak ditutup. Lagipun nak dijadikan cerita time tu dia terlupa pulak password nak masuk akaun ebay dia. Mulai hari tu, burung helang pun berdendam dgn semua keturunan ayam. Sudah banyak keturunan ayam diburu dan dimakan oleh burung helang. Jadi, moral drpd cerita ini, jagalah harta org lain yg dipinjam dgn sebaik-baiknya. Dan yg kedua jgn lah berdendam macam burung helang tu, apalah salahnya kalau saling memaafi.