Friday, November 20, 2009

KITA IBARAT PINGGAN...



Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

           Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

         Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

           Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali  kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

      Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan ‘basuh’ Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

           Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..

     Semoga bermanfaat…
Jika orang tidaak suka,madu diminum terasa cuka
Jika orang sudah benci, nama disebut dikata caci
Jika orang tidak sudi,tiada guna kita berbudi
Jika orang tidak pandang, diam saja jangan meradang
Jika orang tidak peduli, ular menjalar dikata tali
Jika orang tidak kisah, bawa bertenang jangan gelisah
Jika orang buat tidak tahu, tiada gunanya berganding bahu
Jika orangtidak pelawa, jangan sekali berasa kecewa
Jika orang sudah tidak percaya, cicak kecil disangka buaya…….

Tuesday, November 3, 2009

RAGAM SUAMI ISTERI...

Keluhan seorang SUAMI:

Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.

Keluhan seorang ISTERI:

Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain