Wednesday, October 21, 2009

Kisah Ibu Ayam dan Kenalan Beliau






Pada suatu hari, Sang Ibu Ayam berjalan-jalan di tepi semak. Tujuan beliau pergi ke semak tersebut adalah tidak diketahui. Sedang asyik berjalan-jalan, Sang Ibu Ayam terserempak dengan Sang Kura-kura. Oleh kerana sifat si Ibu Ayam yang sememangnya peramah, beliau lalu menegur kura-kura terbabit..

"Weh kura-kura,awok wat mende tu.ni ak nak tanya sikit.Nape la awok ni jalan lambat sangat? Dah la lambat,lembap pulok tu. Macam mane la nak maju kalo cenggini?Ntah bila nak sampai kalo jalan lambat macam tu!"

Walaupun dihina sedemikian rupa, kura-kura tetap bersabar. Tanpa sedikit perasaan marah di jiwa, sang kura-kura lalu menjawab:

" Biarla jalan lambat pun, tapi mak tetap nombor satu tau!ada aku kesah? kau x pernah dengar cerita ke tentang kisah perlumbaan aku dengan arnab? ha,lambat2 aku ni tetap jadi juara. Bukan mcm binatang tu,nama jer ada sayap,tp bkn boleh terbang tinggi pun'. Balas kura-kura dengan penuh sindiran.

Akibat berasa malu terhadap sindiran tersebut, si Ibu Ayam terus je blah dari situ tanpa memberi salam. Beliau kemudian terserempak pula dengan Sang Kambing lalu berkata,

"Woi kambing, hang dok wat pa ni ha? Pi mandi la. Busuk mcm kambing bau hang! Harap je simpan janggut cm lebai,tp takut air!' selamber jer si ibu ayam kutuk sang kambing yg baru sahaja meragut rumput di padang rumput rumah Jebat.
Dengan perasaan bengang Sang Kambing lalu menjawab," Hei Cik Yam, kau tu ape kurangnye! Isi je sedap cm KFC, tp gi jalan tak pakai kasut. Berkaki ayam..ntah pijak najis ape pun aku x tau"

Sekali lagi ibu ayam berasa malu terhadap tindak
annya itu lalu berambus dari tempat tersebut dengan kadar segera. namun beliau masih lagi tidak berpuas hati. ketika membawa perasaan yang sedang lara itu akibat diperli sang kambing, ibu ayam terjumpa pula dengan sang penyu di tepi pantai. beliau melihat sang penyu sedang menangis sambil meneran sesuatu. ibu ayam lalu bertanya,

"Weh penyu,mung wak gapo tuh? Laa..bertelo ke?ape la mu ni penyu. bertelo pun nak nangis..macam la sakit sangat! manja betul la mu ni penyu"

Sang penyu yang sedang sakit perut itu bertambah sakit pabila mendengarkan kata-kata ibu ayam yang begitu busuk mulutnya itu.. tapi takpe, dengan selamba aje sang penyu menjawab...

" Alahai Cik Yam, kau ni memang sengal la. Aku nangis bukan sebab sakit la. Tapi aku sedih bila terpaksa meninggalkan anak2 aku ni. Lagipun aku bertelo banyak,memang la pedih sikit..okey la nangis. Bkn macam binatang sekor tu, telur sebijik tapi riuh sekampung!! kecoh gila..mcm la dia sekor je yang ada anak. Tak gitu Cik Yam??"

"Terkena lagi aku" getus ibu ayam di dalam hati..

Akibat 3 kali berturut-turut terkena batang hidung sendiri ( ayam ada hidung ke erk?ada kot.. kalo tak cmne ye nak bau..tp rasanya lebih sesuai letak terkena batang paruh sendiri kot) si ibu ayam meraung sambil berlari-lari menuju ke reban beliau. beliau berasa sungguh insaf.. pada malam tersebut, si ibu cuba memberi ceramah kepada anak2 beliau.

" Wahai anak-anakku, esok pagi bangun awal2 pagi tau.pergi mengaji.. cuba contohi bapak kamu tu. pagi2 lagi dh kejutkan orang bangun suboh."

Si anak lalu berkata " Tapi kan mak, bapak tu kejutkan orang suboh, tapi bapak sendiri tak sembahyang pun mak. tak guna jugak kan?? "

MORAL OF THE STORY:
lu pikir la sendiri..

No comments:

Post a Comment