Dua mahasiswa nakal pergi bersiar-siar dengan menaiki sampan. Di lautan, mereka cuba mengusik pendayung sampan.
Pelajar A : Pak cik, pak cik pernah tak belajar ilmu geografi?
Pendayung : Geografi tu ape kebenda nyer?
Pelajar A : ( SAMBIL KETAWA) Pak cik telah mensia-siakan separuh hidup pakcik kerana tidak tahu ape itu geografi!
Pelajar B : Pak cik, pakcik tau tak ilmu matematik?
Pendayung : Sejenis plastik ke tu?
Pelajar B : (sambil ketawa). Pakcik telah mensia-siakan sepruh hidup pak cik kerana tidak belajar matematik!
Pendayung terus mendayung tanpa memberi sebarang reaksi terhadap gurauan 2 mahasiswa nakal tersebut ( pastinya bukan pelatih IPG Kampus Ipoh!!hehe). Tidak lama kemudian, tiba-tiba hujan mula turun dengan lebat dan diiringi dengan bunyi guruh dan petir yang menakutkan.
Pendayung : Saudara berdua pernah belajar ilmu berenang?
Pelajar A&B : Tidak pak cik
Pendayung : Saudara berdua telah mensia-siakan seluruh hidup kerana tidak belajar ilmu berenang. Sampan ini akan karam bila-bila masa saja sekarang!
Pengajaran: Nak bagitau jgk ke? boleh pikir sendiri kan?
P/s : Hari ini banyak perkara yang manusia belajar. namun adakalanya ilmu-ilmu yang boleh menyelamatkan manusia dari kegagalan abadi di KG AKHIRAT tidak diberi perhatian yang setepatnya. perhatian yang tidak seimbang ini amat berisiko tinggi! renung-renungkan dan selamat beramal!!!!

No comments:
Post a Comment